mohd hafiz bin ismail
patung megah berdiri =_="
Pantun untuk renungan
HALUS TERATUR JAMBANGAN CEMPAKA,
DI TEPI JEJAWI MOLEK KEDIDI;
TAKKAN LUNTUR SEMANGAT MERDEKA,
DIJULANG PERTIWI SENTOSA ABADI.
DI TEPI JEJAWI MOLEK KEDIDI;
TAKKAN LUNTUR SEMANGAT MERDEKA,
DIJULANG PERTIWI SENTOSA ABADI.
Wednesday, October 6, 2010
masih ingatkah pada dia??
masihkah anda ingat kepada dirinya?
siapakah dia?
dia ialah bapa kemerdekaan negara Malaysia.
(Allahyarham Tuanku Abdul Rahman) nama diberi. Usaha untuk memerdekakan negara di pikul sepenuh hati bagi melepaskan Malaysia dari cengkaman penjajah. namun bak kate pepatah "Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama". begitulah ungkapan yang dapat diluahkan kepada Bapa Kemerdekaan yang telah menabur jasa kepada tanah tumpahnya darah. walaupun telah meninggal dunia namun perjuangannya tetap dikenang sehingga kini.
Akan tetapi seramai mana rakayat Malaysia yang masih mengingati perjuangan beliau?
Biodata tentang tuanku abdul rahman:
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

Lahir | 8 Februari 1903(1903-02-08) Alor Star, Kedah, British Malaya |
---|---|
Meninggal | 6 Disember 1990 (umur 87) Kuala Lumpur, Malaysia |
Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu-Parti Perikatan/National Front |
Pasangan | Meriam Chong (1933 – 1935) Violet Coulson (1935 – 1946) Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah (1939 – 1990) |
Pekerjaan | Peguam |
Agama | Islam |
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".
Tuesday, October 5, 2010
Bagaimana kemerdekaan dihayati?
Teringat satu ketika dahulu semasa umur belasan tahun, tatkala orang ramai turut berkunjung ke padang merdeka untuk menyambut ambang kemerdekaan Negara Malaysia aku pun turut serta untuk menanti detik 12 tengah malam untuk melaungkan laungan MERDEKA!!!
Akan tetapi launagn tersebut tidak membawa sebarang erti bagi anak muda lain yang sebaya dengan ku. selesai sahaja laungan merdeka tersebut dan persembahan bunga api yang menerangi kegelapan alam ini dikala bumi Malaysia mengulangi malam kemerdekaan Malaysia. Ku lihat anak muda mula berpeleseran, mula mengambil motor masing-masing dan terus menuju ke jalan raja. Bermacam ragam dan aksi dipersembahkan kepada khalayak yang berada disekitar jalan raya. Terpikir seketika, mengapakan mereka melakukan aksi yang berbahaya yang boleh mendatangkan kecelakaan kepada mereka. Jika berlaku sebarang kecelakaan mereka dan keluarga mereka yang susah. fikiran ku semakin bertanya adakah ini yang dikatakan remaja yang menghargai kemerdekaan.
BERLAPIS CEMPAKA DI SISI KEKWA,
INDAH REDUP DIHIAS MELATI;
SEMANGAT MERDEKA KEKAL DI JIWA,
NESCAYA HIDUP LEBIH BERERTI.

adakah dihayati dan dipatuhi?
Rukun Negara.
Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
- Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya
- Memelihara cara hidup demokratik
- Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama
- Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak
- Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden:
Ikrar
Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:- Kepercayaan kepada Tuhan
- Kesetiaan kepada Raja dan Negara
- Keluhuran Perlembagaan
- Kedaulatan Undang-undang
- Kesopanan dan Kesusilaan
makna disebalik bendera Malaysia.
indah berkibar bendera ku megah di Malaysia. Buat pertama kali ku pijakkan kaki di Dataran Merdeka pada malam minggu yang lalu melihat bendera Malaysia sedang megah berkibar tatkala angin malam bertiup kencang menandakan hujan ingin merebahkan diri ke bumi Kuala Lumpur.
terfikir sejenak apakah maksud disebalik bendera itu. bisik hati yang ingin tahu apakah makna disebalik jalur-jalur, bintang serta bulan pada bendera sanjungan rakyat Malaysia. Bertanya kepada seorang pak cik yang turut berada di dataran itu. lalu jawapnya die pun tidak tahu makna disebalik jalu-jalur serta bulan bintang yang tertera pada kain putih itu. Amat menyedihkan bila soalan yang diajukan pada seorang warga yang telah lama berada di Malaysia namun tidak mengetahui apa makna disebalik bendera tersebut.
Thursday, September 23, 2010
sering alpa!!
dalam kehidupan seharian manusia semakin alpa dan lupe dimanakah letaknya semangat kemerdekaan yang pernah menjadi titik permulaan kepada pembinaan negara..........
masing-masing dengan agenda tersendiri. Bagi sestengah pihak yang masih jahil tentang kemerdekaan hanya tahu melaungkan suara menyatakn tentang merdeka. namun adekah semua ini tersemai dalam hati rakyat yang dikatakan mempunyai nilai budi bahasa yang tinggi, sopan santun yang tinggi. kemerdekaan bukan hanya pada nama tapi bagaimana kita menghayatinya.
rusuhan berlaku disana sini, inikah masyarakat melayu yang diagung-agungkan??

Rusuhan adalah satu bentuk gangguan sivil yang terdiri daripada kumpulan yang tidak teratur dan mengamuk secara tiba-tiba serta bertindak melakukan keganasan, laku musnah atau jenayah lain. Sementara seseorang individu mungkin cuba memimpin atau mengawal rusuhan, rusuhan selalunya kucar-kacir dan tidak teratur.
Rusuhan biasanya berlaku sebagai reaksi kepada kesedihan tertentu atau rasa tidak puas hati. Sepanjang sejarah, rusuhan berlaku kerana keadaan kerja serta taraf hidup yang teruk, penentangan terhadap kerajaan, penentangan terhadap cukai, konklik antara kaum atau agama, ataupun setelah kekalahan sesebuah pasukan di sesuatu acara sukan terutamanya bola sepak.
Rusuhan lazimnya melibatkan vandalisme serta kemusnahan harta awam dan persendirian. Harta spesifik yang disasarkan bergantung kepada punca rusuhan serta pihak yang terlibat. Sasaran termasuklah kedai, kereta, restoran, institusi milik kerajaan, serta rumah ibadat..
adakah dikenang?
Tugu Peringatan Negara atau juga dikenali sebagai Tugu Negara Malaysia disiapkan 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur jasa-jasa pahlawan yang gugur dalam Perang Dunia I (1914-1918), Perang Dunia II (1935-1942) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen.
Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan.
Dibina pada tahun 1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang bertanggung jawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di Virginia, Amerika Syarikat.

Subscribe to:
Posts (Atom)