Pantun untuk renungan

HALUS TERATUR JAMBANGAN CEMPAKA,
DI TEPI JEJAWI MOLEK KEDIDI;
TAKKAN LUNTUR SEMANGAT MERDEKA,
DIJULANG PERTIWI SENTOSA ABADI.

Tuesday, October 5, 2010

Bagaimana kemerdekaan dihayati?

Teringat satu ketika dahulu semasa umur belasan tahun, tatkala orang ramai turut berkunjung ke padang merdeka untuk menyambut ambang kemerdekaan Negara Malaysia aku pun turut serta untuk menanti detik 12 tengah malam untuk melaungkan laungan MERDEKA!!!
Akan tetapi launagn tersebut tidak membawa sebarang erti bagi anak muda lain yang sebaya dengan ku. selesai sahaja laungan merdeka tersebut dan persembahan bunga api yang menerangi kegelapan alam ini dikala bumi Malaysia mengulangi malam kemerdekaan Malaysia. Ku lihat anak muda mula berpeleseran, mula mengambil motor masing-masing dan terus menuju ke jalan raja. Bermacam ragam dan aksi dipersembahkan kepada khalayak yang berada disekitar jalan raya. Terpikir seketika, mengapakan mereka melakukan aksi yang berbahaya yang boleh mendatangkan kecelakaan kepada mereka. Jika berlaku sebarang kecelakaan mereka dan keluarga mereka yang susah. fikiran ku semakin bertanya adakah ini yang dikatakan remaja yang menghargai kemerdekaan.

 BERLAPIS CEMPAKA DI SISI KEKWA,
INDAH REDUP DIHIAS MELATI;
SEMANGAT MERDEKA KEKAL DI JIWA,
NESCAYA HIDUP LEBIH BERERTI.

No comments:

Post a Comment