siapakah dia?
dia ialah bapa kemerdekaan negara Malaysia.
(Allahyarham Tuanku Abdul Rahman) nama diberi. Usaha untuk memerdekakan negara di pikul sepenuh hati bagi melepaskan Malaysia dari cengkaman penjajah. namun bak kate pepatah "Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama". begitulah ungkapan yang dapat diluahkan kepada Bapa Kemerdekaan yang telah menabur jasa kepada tanah tumpahnya darah. walaupun telah meninggal dunia namun perjuangannya tetap dikenang sehingga kini.
Akan tetapi seramai mana rakayat Malaysia yang masih mengingati perjuangan beliau?
Biodata tentang tuanku abdul rahman:
| Lahir | 8 Februari 1903 Alor Star, Kedah, British Malaya |
|---|---|
| Meninggal | 6 Disember 1990 (umur 87) Kuala Lumpur, Malaysia |
| Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu-Parti Perikatan/National Front |
| Pasangan | Meriam Chong (1933 – 1935) Violet Coulson (1935 – 1946) Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah (1939 – 1990) |
| Pekerjaan | Peguam |
| Agama | Islam |
Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

No comments:
Post a Comment