Pantun untuk renungan

HALUS TERATUR JAMBANGAN CEMPAKA,
DI TEPI JEJAWI MOLEK KEDIDI;
TAKKAN LUNTUR SEMANGAT MERDEKA,
DIJULANG PERTIWI SENTOSA ABADI.

Wednesday, October 6, 2010

SATU MALAYSIA!

pantun satu Malaysia. 
Batu reflesia tugu mukadimah,
Sepakat penghomatan penyatuan dilaksanakan;
Satu Malaysia Satu Muhibbah,
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
apabila mendengar satu Malaysia yang di war-warkan dalam media massa mahupun media elektronik saya cukup tertarik untuk mengetahui apakah signifikan disebalik ungkapan satu Malaysia yang diperkenalkan oleh perdana menteri sekarang iaitu Dato` Sri Najib bin Tun Abdul Razak. Pada pendapat saya satu Malaysia diperkenalkan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia dibawah satu pemerintahan. seperti yang sedia maklum Masyarakat Malaysia merupakan masyarakat yang berbilang kaum dan berbilang bangsa serta berbilang agama. Selain itu juga saya melihat pendekatan yang digunakan ini bertujuan untuk mengekalkan keharmonian serta kestabilan negara daripada perbalahan kaum yang bertujuan untuk mengelakkan berulang kembali peristiwa hitam negara iaitu peristiwa 13 Mei.
1Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Ia menyediakan peluang untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian perspektif masyarakat kita. Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita. Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan. Saya berharap agar laman web ini akan menjadi permulaan kepada satu dialog yang penting dan terbuka bagi menerokai identiti, tujuan dan hala tuju kita sebagai rakyat Malaysia. Saya menggalakkan setiap orang daripada anda menyertai saya dalam memberikan takrifan kepada Malaysia kita dan peranan yang perlu kita mainkan untuk masa hadapannya. Setiap kita – di sebalik segala perbezaan kita – berkongsi impian untuk satu masa hadapan yang lebih baik. Setiap kita mahukan peluang, dihormati, persahabatan dan saling memahami

masih ingatkah pada dia??

masihkah anda ingat kepada dirinya?
siapakah dia?

dia ialah bapa kemerdekaan negara Malaysia.
(Allahyarham Tuanku Abdul Rahman) nama diberi. Usaha untuk memerdekakan negara di pikul sepenuh hati bagi melepaskan Malaysia dari cengkaman penjajah. namun bak kate pepatah "Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama". begitulah ungkapan yang dapat diluahkan kepada Bapa Kemerdekaan yang telah menabur jasa kepada tanah tumpahnya darah. walaupun telah meninggal dunia namun perjuangannya tetap dikenang sehingga kini.
       Akan tetapi seramai mana rakayat Malaysia yang masih mengingati perjuangan beliau?

Biodata tentang tuanku abdul rahman:

Lahir 8 Februari 1903(1903-02-08)
Alor Star, Kedah, British Malaya
Meninggal 6 Disember 1990 (umur 87)
Kuala Lumpur, Malaysia
Parti politik Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu-Parti Perikatan/National Front
Pasangan Meriam Chong (1933 – 1935)
Violet Coulson (1935 – 1946)
Sharifah Rodziah Syed Alwi Barakbah (1939 – 1990)
Pekerjaan Peguam
Agama Islam

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

Tuesday, October 5, 2010

Bagaimana kemerdekaan dihayati?

Teringat satu ketika dahulu semasa umur belasan tahun, tatkala orang ramai turut berkunjung ke padang merdeka untuk menyambut ambang kemerdekaan Negara Malaysia aku pun turut serta untuk menanti detik 12 tengah malam untuk melaungkan laungan MERDEKA!!!
Akan tetapi launagn tersebut tidak membawa sebarang erti bagi anak muda lain yang sebaya dengan ku. selesai sahaja laungan merdeka tersebut dan persembahan bunga api yang menerangi kegelapan alam ini dikala bumi Malaysia mengulangi malam kemerdekaan Malaysia. Ku lihat anak muda mula berpeleseran, mula mengambil motor masing-masing dan terus menuju ke jalan raja. Bermacam ragam dan aksi dipersembahkan kepada khalayak yang berada disekitar jalan raya. Terpikir seketika, mengapakan mereka melakukan aksi yang berbahaya yang boleh mendatangkan kecelakaan kepada mereka. Jika berlaku sebarang kecelakaan mereka dan keluarga mereka yang susah. fikiran ku semakin bertanya adakah ini yang dikatakan remaja yang menghargai kemerdekaan.

 BERLAPIS CEMPAKA DI SISI KEKWA,
INDAH REDUP DIHIAS MELATI;
SEMANGAT MERDEKA KEKAL DI JIWA,
NESCAYA HIDUP LEBIH BERERTI.

adakah dihayati dan dipatuhi?

Rukun Negara.














Bahawasanya negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak:
  • Mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan seluruh masyarakatnya
  • Memelihara cara hidup demokratik
  • Mencipta satu masyarakat yang adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati secara adil dan saksama
  • Menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak
  • Membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden:

 Ikrar

Maka kami rakyat Malaysia berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
  • Kepercayaan kepada Tuhan
  • Kesetiaan kepada Raja dan Negara
  • Keluhuran Perlembagaan
  • Kedaulatan Undang-undang
  • Kesopanan dan Kesusilaan

makna disebalik bendera Malaysia.

indah berkibar bendera ku megah di Malaysia. Buat pertama kali ku pijakkan kaki di Dataran Merdeka pada malam minggu yang lalu melihat bendera Malaysia sedang megah berkibar tatkala angin malam bertiup kencang menandakan hujan ingin merebahkan diri ke bumi Kuala Lumpur.
terfikir sejenak apakah maksud disebalik bendera itu. bisik hati yang ingin tahu apakah makna disebalik jalur-jalur, bintang serta bulan pada bendera sanjungan rakyat Malaysia. Bertanya kepada seorang pak cik yang turut berada di dataran itu. lalu jawapnya die pun tidak tahu makna disebalik jalu-jalur serta bulan bintang yang tertera pada kain putih itu. Amat menyedihkan bila soalan yang diajukan pada seorang warga yang telah lama berada di Malaysia namun tidak mengetahui apa makna disebalik bendera tersebut.