Pantun untuk renungan

HALUS TERATUR JAMBANGAN CEMPAKA,
DI TEPI JEJAWI MOLEK KEDIDI;
TAKKAN LUNTUR SEMANGAT MERDEKA,
DIJULANG PERTIWI SENTOSA ABADI.

Wednesday, October 6, 2010

SATU MALAYSIA!

pantun satu Malaysia. 
Batu reflesia tugu mukadimah,
Sepakat penghomatan penyatuan dilaksanakan;
Satu Malaysia Satu Muhibbah,
Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.
apabila mendengar satu Malaysia yang di war-warkan dalam media massa mahupun media elektronik saya cukup tertarik untuk mengetahui apakah signifikan disebalik ungkapan satu Malaysia yang diperkenalkan oleh perdana menteri sekarang iaitu Dato` Sri Najib bin Tun Abdul Razak. Pada pendapat saya satu Malaysia diperkenalkan untuk menyatupadukan rakyat Malaysia dibawah satu pemerintahan. seperti yang sedia maklum Masyarakat Malaysia merupakan masyarakat yang berbilang kaum dan berbilang bangsa serta berbilang agama. Selain itu juga saya melihat pendekatan yang digunakan ini bertujuan untuk mengekalkan keharmonian serta kestabilan negara daripada perbalahan kaum yang bertujuan untuk mengelakkan berulang kembali peristiwa hitam negara iaitu peristiwa 13 Mei.
1Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat di hati kita sebagai satu bangsa. Ia menyediakan peluang untuk meluahkan dan menerokai kepelbagaian perspektif masyarakat kita. Apa yang menjadikan Malaysia unik adalah kepelbagaian rakyat kita. Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan. Saya berharap agar laman web ini akan menjadi permulaan kepada satu dialog yang penting dan terbuka bagi menerokai identiti, tujuan dan hala tuju kita sebagai rakyat Malaysia. Saya menggalakkan setiap orang daripada anda menyertai saya dalam memberikan takrifan kepada Malaysia kita dan peranan yang perlu kita mainkan untuk masa hadapannya. Setiap kita – di sebalik segala perbezaan kita – berkongsi impian untuk satu masa hadapan yang lebih baik. Setiap kita mahukan peluang, dihormati, persahabatan dan saling memahami

No comments:

Post a Comment